UPKO vs UMNO
Perjuangan UPKO untuk menjaga dan mengawal hak-hak keistimewaan Bumiputera tempatan akan kelihatan sia-sia sekiranya golongan Bumiputera Sabah ‘keliru’ antara UPKO dengan UMNO. Tidaklah keterlaluan sekiranya saya menyatakan ada di kalangan Bumiputera terutamanya kaum Kadazandusun merupakan ahli UMNO, dan tidak keterlaluan juga sekiranya saya mengatakan yang mereka ini mempunyai agenda tersendiri.
Antaranya faktor yang biasanya mempengaruhi keputusan mereka untuk menyertai UMNO ialah tidak puas hati dengan kepimpinan UPKO dalam kawasan mereka. Tidak pula diketahui apa yang menyebabkan ketidakpuasan hati mereka, mungkin tidak kena bagi projek, cemburu dengan barisan kepimpinan UPKO (tidak kena lantiklah maksudnya), atau pun tidak suka dengan YB UPKO.
Terdapat juga faktor tidak percaya kepada UPKO sendiri, ini lebih kepada orang tua2 dan penyokong setia PBS. Golongan ini beranggapan bahawa UPKO sekarang cumalah pertukaran nama dari PDS (Parti Demokratik Sabah), dimana PDS ini pernah dianggap sebagai pengkhianat kepada perjuangan PBS yang masa tu menjadi pembangkang. Golongan ini mengambil keputusan untuk menyertai UMNO untuk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap ‘pengkhianatan’ tersebut.
Satu lagi faktor yang tidak boleh dipandang rendah ialah faktor kuasa. Ada golongan bumiputera yang berfikir bahawa tiada gunanya menyokong UPKO sedangkan hampir semua kuasa dan keputusan terletak ditangan UMNO. Golongan ini boleh dikatakan sebagai golongan yang merasa ‘pasrah’ dengan mainan politik Barisan Nasional (yang dikuasai oleh UMNO).
Situasi golongan Bumiputera Sabah menjadi ahli UMNO biasanya lebih kepada golongan senior dan penubuhan Komulakan UPKO adalah tepat pada masanya. Pun begitu, Komulakan UPKO perlu berkerja keras untuk membentuk teras yang kukuh kepada UPKO sendiri.
Satu lagi perkara yang perlu diambil berat oleh semua bumiputera Sabah adalah usaha UMNO untuk bertapak di menguasai Sabah selepas USNO dibubarkan dimusnahkan. Dan hanya satu saja cara untuk mengurangkan kuasa UMNO, iaitu kesedaran dari golongan ini sendiri. Adalah terlalu bodoh sekiranya timbul soalan kenapa bumiputera Sabah tidak boleh menjadi ahli atau menyokong UMNO. Jawapannya terletak dalam nama UPKO (United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation) dan UMNO (United Malays National Organization) itu sendiri. UPKO untuk bumiputera Sabah (mungkin termasuk orang asli di Tanah Semenanjung), dan UMNO untuk Melayu.
Mungkin terdapat persoalan bagaimana UPKO berjuang dalam BN, sedangkan hampir semuanya dikuasai oleh orang-orang UMNO. Ya, BN dikuasai oleh UMNO tapi sekurang-kurangnya UMNO tidak boleh membuat keputusan sesuka hati atas hak rakyat Sabah sekiranya UPKO menguasai Sabah.
Tidaklah sukar untuk membuat UPKO berkuasa di negeri Sabah sekiranya rakyat Sabah membuat keputusan dengan tepat dan tidak pentingkan diri sendiri.
January 25th, 2010 at 14:22
Ensomboi, “UPKO untuk bumiputera Sabah, dan UMNO untuk Melayu”
Kita tahu di Malaysia, race-based political parties mmg sudah dari dulu lagi sejak merdeka. Bermakna, aktiviti-aktiviti politik sentiasa berkisar dgn martabat bangsa; dan seperti semakin bertambah kepada agama di akhir-akhir ini… sesuatu yg sangat bahaya! Kita tahu bumiputera dikaitkan dgn non-muslims.. jadi ada juga sempadan agama di sini. Tidak tahu pula, apa ideologi UPKO dalam hal ini.
Kounsikou.
January 30th, 2010 at 09:33
UPKO berpegang kepada prinsip perjuangan mengekalkan hak bumiputera, dan salah satu hak bumiputera di Sabah adalah kebebasan beragama. Jadi tidak keterlaluan sekiranya UPKO kelihatan lebih kepada non-Muslim. Pun begitu, cara UPKO mengatasi masalah ini patut di contohi oleh pihak lain, iaitu membincangkan isu-isu sensitif secara tertutup.
March 15th, 2010 at 19:04
Saya belum nampak manifesto UPKO, jadi susah mau komen kenyataan anda.
Saya setuju memang jelas setakat ini belum ada mana2 parti Sabah yg dapat mengatasi sokongan kaum kadus terhadap PBS setakat ini, I’m not kidding tapi kemungkinan sehingga generasi penyokong tegar pertama pupus..
Bagaimana pun, saya masih sangsi dengan kewujudan beberapa frasa yang ada unsur-unsur perkauman.
[WORDPRESS HASHCASH] The poster sent us ‘0 which is not a hashcash value.
March 18th, 2010 at 16:51
pounsikou cerry…
[WORDPRESS HASHCASH] The poster sent us ‘0 which is not a hashcash value.