sompogunan

18-PL

Cawangan UPKO di Perak?

UCAPAN DASAR PRESIDEN UPKO
YB TAN SRI BERNARD GILUK DOMPOK
PERSIDANGAN PERWAKILAN AGUNG LUAR BIASA
7HB NOVEMBER 2009
PUSAT KEBUDAYAAN SABAH, PENAMPANG

“34. Pada awal tahun ini, diatas permintaan pemimpin-pemimpin Orang Asli di Perak, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin Yayasan Orang Asli Perak (YOAP), Ahli Majlis Tertinggi kita membuat keputusan untuk meluluskan permintaan mereka, setelah beberapa siri penerangan dilakukan di Perak.
35. Setiausaha Agung sendiri telah datang memberi beberapa siri penjelasan kepada para pemimpin Orang Asli di Perak ia itu di Ipoh dan sekitar Tapah. Akhirnya, Upko di Perak dilancarkan pada ??????? yang melibatkan lima buah bahagian iaitu, Bahagian Tapah, Gopeng, Parit, Tanjung Malim dan Kampar.
36. Kita sedar tentang beberapa persoalan yang timbul ekoran daripada keputusan kita ini, namun kita perlu sedar bahawa asas kita menerima permohonan mereka ialah kerana Orang-orang Asli juga adalah merupakan Orang Asal Semananjung Malaysia yang sebenar, sama seperti kita, warga rumpun Pasokmomogun.
37. Kita juga telah mengambil iktibar tentang pencapaian sosio-ekonomi Orang-orang Asli yang dikatakan masih jauh ketinggalan walaupun mereka mendapat perkhidmatan daripada sebuah jabatan kerajaan yang diberi peruntukan setiap tahun iaitu Jabatan Hal Ehawal Orang Asli, sejak sebelum Merdeka sehingga pada hari ini.
38. Sebagai contoh, saya difahamkan bahawa daripada hampir 200,000 penduduk Orang Asli diseluruh Semananjung Malaysia, tidak sampai 200 orang yang mempunyai geran tanah. Malah isu dalam hal ehwal tanah yang dihadapi oleh Orang-orang Asli di Semananjung hampir-hampir sama dengan isu yang dihadapi oleh masyarakat Pasokmomogun di Sabah.
39. Dalam hal ini, Upko, tidak menjanjikan apa-apa kepada saudara dan saudari kita Orang-Orang Asli di Semananjung. Apa yang kita ada hanyalah sebuah pertubuhan politik yang mampu bersuara dan bertindak kearah mencari penyelesaian terhadap pelbagai isu kemasyarakatan yang kita hadapi.
40. Ini sajalah yang kita boleh tawarkan. Mereka boleh menyuarakan aspirasi, aduan dan cetusan rasa mereka dalam pelbagai forum dan kesempatan yang dianjuarkan oleh Upko dan kita senantiasa bersedia untuk menyampaikan perkara tersebut kepada pihak atasan. Itu saja.
41. Selebihnya, seperti juga dengan pemimpin-pemimpin Upko yang lain, mereka juga perlu berkorban untuk memikul tanggungjawab dalam perjuangan, sebab kalau bukan mereka, siapa lagi? Kalau bukan kita siapa lagi?
42. Sebenarnya perjuangan Upko yang berpaksikan kepada pembelaan Orang-orang Asal di Malaysia adalah asas utama kenapa Orang-orang Asli daripada Semananjung tertarik dengan perjuangan Upko. ”

artikel penuh

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.